Buku KUASAI TAJWID 6 JAM



PROJEK INFAK BUKU TAJWID KE MASJID, SURAU, MADRASAH & TAHFIZ SELURUH NEGARA

Saya mengusahakan satu projek yang diberi nama PROJEK INFAK BUKU TAJWID 

Dengan projek ini saya akan membekalkan bahan bacaan Ilmu Tajwid Al-Quran bertajuk KUASAI TAJWID 6 JAM kepada Masjid-masjid, Surau, Madrasah, Tahfiz dan Rumah Anak Yatim.

Tujuan projek ini adalah agar jemaah / pelajar dapat memanfaatkan ilmu Tajwid yang mudah dan ringkas untuk diaplikasikan dalam pembacaan Al-Quran mereka. 

Saya yakin anak-anak Tahfiz dan Madrasah akan mudah memahami ilmu Tajwid yang ada di dalam buku ini dan mudah pula untuk mereka amalkan dalam pengajian dan hafazan mereka.

Saya mensasarkan semua jemaah Masjid, Surau, Madrasah, Tahfiz dan Rumah Anak Yatim di seluruh Malaysia akan mendapat manfaat ini. Jadi, untuk harapkan saya seorang untuk projek ini berjaya memang mustahil.

Jadi saya buka peluang kepada kita semua untuk sama-sama kita ambil peluang ini membuat amal jariah. Boleh letakkan niat atas nama orang-orang yang kita sayangi, arwah ibu ayah kita, guru-guru kita dan sebarang niat atau maksud atau hajat yang soleh / solehah yg kita suka. Boleh juga untuk kekayaan dunia dan Akhirat kita.

Segala gambar dan info projek akan saya masukkan dalam link berikut :
https://posts.gle/gu6qj

Infak bagi sebuah buku Tajwid ini adalah RM30.00 anda boleh infakkan seberapa banyak yang anda mahu. 

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian Tuan / Puan bersama saya menjayakan projek ini. Semoga ALLAH SWT membalas dengan sebanyak-banyaknya ganjaran / pahala buat kalian.

Info lanjut, sila hubungi :
Azam 011 2308 2390


*****-----*****

Serba sedikit mengenai buku KUASAI TAJWID 6 JAM dapat kami sampaikan melalui video yang berikut...





Antara aktiviti yang telah kami lakukan berkaitan dengan buku KUASAI TAJWID 6 JAM ...

Laman utama
Kembali ke halaman utama